Monday, September 7, 2015

Kesedaran Kepelbagaian Sosiobudaya



5  PISMP RBT /  BT  / SJH  2015





                
  IPGKTI


NAMA AHLI KUMPULAN

Dari kiri : SALANI A/P SREE DHARAN , SHANMUGAPRIYA  A/P  MUNIANDY, SEBASTIAN A/L MOHANADAS, GENGESVARY A/P SUBRAMANIAM, GAYATRI  A/P SUBRAMANIAM




PENGENALAN



Budaya mempunyai perkaitan yang rapat dengan  kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya. Namun begitu, terdapat perbezaan antara budaya satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit , iaitu Buddayah. Namun, ada pendapat mengatakan perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu iaitu Budhi (Sanskrit) yang membawa maksud  kecergasan fikiran dan akal ,manakala Daya (Melayu) diertikan sebagai  kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.Selain itu, kebudayaan pula ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir di mana ia  meliputi hasil kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.
Dalam  konteks pendidikan semasa , budaya dilihat melalui budaya  di sekolah yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Di sekolah, murid  akan di didik untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.
 
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai kaum. Ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik dari segi kepelbagaian budaya, adat resam, bahasa dan sebagainya. Sehubungan dengan hal sedemikian, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, guru hendaklah mempunyai kesedaran tentang keunikan pelbagai budaya dan adat resam dan ini boleh membantu seorang guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam suasana bilik darjah yang mesra.








 video


                                                




 Sebagai rujukan sila baca ..........  



No comments:

Post a Comment